Monday 5 December 2011

Muharram

salam peeps!

during this beautiful Muharram
what i plan to do :

devoting myself to Allah and be a better Muslimah and recite Quran as much as i can (:
do pray so that it comes true, soon ! insyaAllah (:

benefits of Muharram :

Bulan Muharram merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram. Berpuasa pada bulan ini pada dasarnya dijanjikan dengan pahala yang besar. Sabda Rasullullah SAW: “Puasa yang paling utama selepas Ramadhan ialah bulan Allah, Muharram dan solat yang paling utama selepas fardhu ialah solat malam.” -HR Muslim, Abu Daud, Al-Tirmizi, Baihaqi, Ahmad)

Terdapat sebahagian ulama’ yang berpendapat puasa pada hari ‘Asyura ini hendaklah dilakukan bersama sehari sebelumnya iaitu dinamakan juga dengan hari Tasu’a (hari ke sembilan). Ini berdasarkan riwayat Ibnu Abbas r.a : Ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari ‘Asyura dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa, mereka berkata: “Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi.” Maka Baginda bersabda: “Sekiranya aku masih hidup tahun hadapan, tentu aku akan berpuasa pada hari kesembilan.” -HR Muslim

Imam al-Nawawi (w 676) dalam menghuraikan hadith-hadith ini telah menukilkan pendapat Imam As-Syafie dan ulama’ di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi saw berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulama’ berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10.”

(Rujuk: Al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab Al-Siyam, (Beirut: Dar Al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254)

actually, benda benda baik tak payah tunggu bulan baik. tapi lumrah manusia memang begitu, nak buat baik kene tunggu bulan baik. is it true? pape jela at least, ada niat untuk berubah ke arah kebaikan. AMIN.

regards,
Faeezan Yusoff

No comments:

Post a Comment